Thursday 14 July 2011

Khas buat cikguku....


Aku Sayang Cikgu....

Aku sayang cikgu...
Cikgu tak pernah marah aku
Walaupun aku nakal selalu
Walaupun aku selalu usik cikgu
Cikgu hanya senyum kat aku

Aku sayang cikgu...
Cikgu baik dengan aku
Cikgu nasihat aku baca buku
Tapi aku selalu main-main dengan cikgu
Cikgu ajar aku satu persatu yang aku tak tahu
Cikgu ajar aku tanpa jemu

Aku sayang cikgu...
Cikgu aku ibarat macam ibu
Tak pernah aku tengok cikgu marah tak menentu
Cikgu risau aku ketinggalan ilmu
Kerja sekolah cikgu beri aku buat tak tahu
Pernah cikgu jumpa aku atas pokok jambu
Aku ponteng sekolah hari itu
Tapi cikgu sabar dengan kerenah aku

Aku sayang cikgu...
Dah 20 tahun masa berlalu
Sekarang aku dah jadi seorang cikgu
Mendidik anak bangsa kerjaku
Apabila muridku salah laku
Teringat pula kenangan aku dulu
Kalau diceritakan memang lucu

Aku sayang cikgu...
Aku nak cikgu tahu
Yang aku amat rindu kat cikgu
Aku nak cium tangan cikgu
Aku nak ucap terima kasih kerana ilmu cikgu
Aku nak beritahu betapa aku sayang cikgu

Aku sayang cikgu...
Maafkan aku kerana tidak sempat menziarahi cikgu
Berita itu hanya ku tahu selepas seminggu
Cikgu telah pergi menemui penciptamu
Hanya doa yang mampu aku iringi cikgu
Semoga cikgu mendapat ganjaran kebaikanmu
Aku sayang cikgu...Al-fatihah buatmu...

5 comments:

  1. ini adalah nukilan hati saya khas buat cikgu tersayang yang telah pergi buat selamanya.. kenangan bersamanya terus mekar dalam hati saya..

    ReplyDelete
  2. sajak ini amat menarik...harusnya semua murid pelu ucapkannya untuksemua guru mereka...jasa guru buat kita cukup banyak....

    ReplyDelete
  3. Siapalah kita tanpa guru kita dahulu... tq teacher,terima kasih cikgu, xiexie ni laoshi...

    ReplyDelete